Panduan harga 2026

Kos buat website di Malaysia

Kos buat website di Malaysia bermula dari RM2,500 untuk website profil syarikat yang ringkas, dan boleh mencecah RM25,000 atau lebih untuk e-dagang besar atau sistem web tersuai. Harga bergantung pada jumlah page, reka bentuk khas, integrasi pembayaran dan berapa banyak kerja content yang perlu dibuat.

Harga di bawah ialah julat sebenar yang saya guna untuk sebut harga. Anda akan terima harga tepat secara bertulis selepas saya faham keperluan anda.

Harga ikut jenis website

PakejHargaSesuai untukTermasukTempoh
Landing pageRM2,500 – RM4,000Bisnes baru, satu servis, kempen iklan1–3 page, butang WhatsApp, mesra mobile, setup hosting1–2 minggu
Website syarikatRM4,000 – RM8,000Sdn Bhd, kontraktor, klinik, firma5–10 page khas, blog, SEO asas, Google Analytics, latihan3–5 minggu
E-dagangRM8,000 – RM18,000Kedai runcit, fesyen, makananWooCommerce, payment gateway (FPX, kad, e-wallet), penghantaran5–8 minggu
Sistem web tersuaiRM15,000 – RM25,000+Tempahan, tuntutan, inventori, tiketAplikasi Laravel, panel admin, peranan pengguna, laporan. Butiran8 minggu ke atas
PenyelenggaraanRM300 – RM800 sebulanWebsite sedia adaBackup, kemas kini, pantau uptime, suntingan kecilBerterusan

Apa yang menaikkan harga

  • Reka bentuk khas berbanding template
  • Bilangan page dan bilangan bahasa
  • E-dagang: jumlah produk, payment gateway, penghantaran
  • Integrasi: sistem perakaunan, CRM, WhatsApp API, tempahan
  • Sistem tersuai: peranan pengguna, laporan, aliran kelulusan
  • Siapa yang sediakan teks dan gambar

Cara jimatkan kos

  • Guna template yang sedia ada, bukan reka bentuk dari kosong
  • Sediakan sendiri teks dan gambar
  • Mula dengan 3–5 page, tambah page kemudian
  • Lancarkan fungsi utama dulu, fungsi tambahan di fasa kedua

Kos berulang setiap tahun

ItemAnggaran setahunNota
Domain (.com / .my)RM50 – RM80Didaftar atas nama anda
HostingRM300 – RM1,200Bergantung pada saiz dan trafik
SSLPercumaTermasuk dengan hosting
Penyelenggaraan (pilihan)RM300 – RM800 sebulanBackup, kemas kini, pantau uptime

Sebut harga saya tidak termasuk domain dan hosting, tetapi saya boleh uruskan semuanya untuk anda.

Proses dan cara bayaran

  1. Konsultasi percumaSesi 30 minit melalui Google Meet atau WhatsApp untuk faham bisnes dan matlamat anda.
  2. Sebut harga bertulisSkop, harga dan tempoh yang jelas. Deposit 50% untuk mula.
  3. Design & binaAnda semak setiap page di link staging peribadi dan beri komen terus.
  4. Live & sokonganBaki 50% sebelum live. Sokongan percuma 30 hari selepas website naik.

Soalan lazim tentang kos website

Berapa kos buat website di Malaysia?

Kos buat website di Malaysia bermula dari RM2,500 untuk website profil syarikat yang ringkas, dan boleh mencecah RM25,000 atau lebih untuk e-dagang besar atau sistem web tersuai. Harga bergantung pada jumlah page, reka bentuk khas, integrasi pembayaran dan berapa banyak kerja content yang perlu dibuat.

Kenapa harga berbeza antara freelancer dan agensi website?

Agensi ada kos pejabat, akaun, jurujual dan pengurus projek. Saya bekerja sendiri, jadi kos saya lebih rendah, dan klien berurusan terus dengan orang yang membina website itu.

Berapa lama website siap?

1–2 minggu untuk landing page, 3–5 minggu untuk website syarikat, 5–8 minggu untuk e-dagang, dan 8 minggu ke atas untuk sistem tersuai. Tempoh dikira dari tarikh deposit dan content diterima.

Perlukah saya bayar penuh di depan?

Tidak. 50% deposit untuk mula, dan 50% lagi sebelum website live. Projek besar boleh dibayar dalam 3 peringkat.

Adakah harga termasuk hosting dan domain?

Tidak, tetapi saya boleh uruskan. Domain sekitar RM50–RM80 setahun dan hosting RM300–RM1,200 setahun. SSL percuma.

Boleh saya kemas kini website sendiri?

Boleh. Saya ajar cara guna WordPress. Kalau tak mahu buat sendiri, ada pakej penyelenggaraan dari RM300 sebulan.

Adakah saya perlu sediakan teks dan gambar?

Kalau ada, bagus. Kalau tidak, saya boleh tulis copy dan cari gambar dari pustaka foto berlesen dengan kos tambahan.

Boleh buat sistem tempahan atau e-dagang?

Boleh, termasuk payment gateway tempatan (FPX, kad dan e-wallet) dan integrasi WhatsApp.

Dapatkan harga tepat untuk projek andaCeritakan apa yang anda perlukan. Saya balas dalam masa sehari dengan soalan atau anggaran awal.

Fido Design · Mohd Firdaus (Fido) · Taman Subang Baru, 40150 Shah Alam, Selangor · +60 17-317 5988 · berkhidmat untuk seluruh Malaysia sejak 2010

Servis Buat Website di Malaysia. fidodesign.net
The logos and visuals on this website belong to their respective owners and are subject to copyright. fidodesign does not claim or issue copyright on behalf of these owners. The information provided on this website is for general purposes only and is intended to be as accurate and up to date as possible. When you visit or engage with our sites, services, applications, tools, or messaging, we or our authorized service providers may utilize cookies, web beacons, and similar technologies to store information. This helps us enhance your experience, ensuring it is better, faster, and more secure, as well as serving advertising purposes.
Copyright FIDO RESOURCES (SA0477312-X) © fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer | All Right Reserved.

Seriously?