Sistem web tersuai · Laravel
Fido Design membina sistem web tersuai dengan Laravel untuk bisnes dan organisasi di Malaysia. Lebih 15 sistem sudah siap dan digunakan, termasuk sistem tempahan, pengurusan tuntutan, penjualan tiket acara dan pengurusan pakej umrah. Projek bermula dari RM15,000 dan biasanya siap dalam 8 minggu ke atas.
Nama klien dirahsiakan. Contoh di bawah disebut ikut industri.
| Industri | Sistem | Fungsi utama |
|---|---|---|
| Badan awam | Pengurusan tuntutan | Hantar tuntutan, kelulusan berperingkat, dashboard, laporan |
| Acara & sukan | Penjualan tiket | Jualan tiket, payment gateway, kod QR, kawalan stok supaya tiket tak terjual dua kali |
| Umrah & haji | Tempahan pakej | Pakej, tempahan, bayaran ansuran, rekod jemaah |
| Kebajikan & agama | Tempahan qurban | Tempahan bahagian, bayaran online, laporan penyembelihan |
| Kesihatan | Portal klinik | Maklumat servis, tempahan, panel admin |
| Perniagaan | Sebut harga, invois & resit | Jana dokumen PDF, rekod pelanggan, status bayaran |
| Hartanah & sewaan | Tempahan sewaan | Kalendar ketersediaan, bayaran, pengesahan automatik |
| Saiz sistem | Anggaran |
|---|---|
| Kecil (1–2 modul, 1 peranan) | RM15,000 – RM20,000 |
| Sederhana (bayaran, laporan, beberapa peranan) | RM20,000 – RM25,000 |
| Besar / berbilang cawangan | RM25,000 ke atas |
| Penyelenggaraan & hosting | Dari RM500 sebulan |
WordPress bagus untuk website dan content. Laravel lebih sesuai untuk proses kerja, data dan peranan pengguna yang kompleks, seperti tempahan, kelulusan dan laporan.
Anda, selepas bayaran penuh dibuat.
Boleh, melalui API atau import data dari Excel dan sistem lama.
Biasanya 8 minggu ke atas, bergantung pada jumlah modul dan kelajuan maklum balas.
Ya. 30 hari sokongan percuma, kemudian pakej penyelenggaraan dan hosting dari RM500 sebulan.
Di pelayan awan pilihan anda, dengan backup harian.
Ada proses kerja yang nak disistemkan?Ceritakan proses semasa anda. Saya balas dalam masa sehari dan cadangkan langkah seterusnya, walaupun jawapannya bukan sistem tersuai.
Fido Design · Mohd Firdaus (Fido) · Taman Subang Baru, 40150 Shah Alam, Selangor · +60 17-317 5988 · berkhidmat untuk seluruh Malaysia sejak 2010