Google Maps · Carian tempatan

Daftar Google Business Profile di Malaysia

Fido Design bantu bisnes anda didaftarkan di Google Maps dan Google Search supaya pelanggan sekitar boleh jumpa nama, nombor telefon dan kawasan servis anda. Kami sediakan profil dengan betul, pilih kategori yang tepat, dan bimbing anda langkah demi langkah sampai pengesahan siap. Profil kekal milik anda.

Sesuai untuk kedai, bengkel, kontraktor, tukang paip, juruelektrik dan bisnes servis lain.

Tanda anda perlukan servis ini

  • Bila orang cari servis anda di Google Maps, bisnes anda tak keluar
  • Anda dah cuba daftar sendiri tapi tersangkut di pengesahan
  • Anda buat kerja di rumah atau tapak pelanggan dan tak pasti perlu letak alamat atau tidak
  • Pesaing ada gambar dan ulasan di Google, anda tiada

Apa yang kami buat

  • Semak sama ada bisnes anda layak dan belum ada profil
  • Pilih kategori utama yang tepat
  • Tentukan kedai (ada alamat) atau kawasan servis (tanpa alamat)
  • Isi nama, telefon, waktu operasi dan laman web
  • Tulis huraian bisnes dalam bahasa yang orang cari
  • Senaraikan servis dan kawasan yang anda layan
  • Susun gambar logo, signboard dan hasil kerja
  • Pandu anda sampai pengesahan siap
  • Tambah kami sebagai pengurus dengan kebenaran anda
  • Ajar anda cara balas ulasan dan kemas kini profil

Ada kedai dengan signboard?

Profil dipaparkan dengan alamat anda di peta. Pengesahan biasanya perlukan gambar atau video yang tunjuk signboard dan lokasi sebenar. Nama pada signboard mesti sama dengan nama pada profil.

Buat kerja di tapak pelanggan?

Contohnya renovation, tukang paip dan juruelektrik. Jangan letak alamat rumah pada profil. Anda didaftarkan sebagai bisnes kawasan servis dengan senarai kawasan yang anda layan. Ini cara yang Google minta, dan ia mengelakkan profil digantung.

Proses

  1. Hantar maklumatNama syarikat, no pendaftaran, telefon, alamat atau kawasan servis, dan gambar signboard atau lokasi.
  2. Kami sediakanKategori, huraian, servis, kawasan dan waktu operasi disusun untuk anda semak.
  3. Profil dibuatDalam akaun Google anda. Anda kekal pemilik dan kami hanya pengurus.
  4. PengesahanGoogle tentukan kaedahnya (SMS, panggilan, e-mel, video atau poskad). Kami pandu langkah demi langkah.
  5. Semak akhirKami semak profil sudah lengkap dan terangkan cara menguruskannya.

Kos

PerkaraHarga
Profil di GooglePercuma
Setup dan bimbingan pengesahanDisebut harga sebelum mula
Kemas kini bulananAtas permintaan

Harga akhir bergantung pada jenis bisnes dan jumlah lokasi.

Maklumat yang kami perlukan

  • Nama syarikat dan no pendaftaran
  • Nombor telefon
  • Alamat, atau senarai kawasan servis
  • Gambar signboard, pejabat atau lokasi
  • Waktu operasi dan senarai servis

Soalan lazim tentang Google Business Profile

Berapa kos daftar Google Business Profile?

Profil di Google percuma. Bayaran kepada kami ialah untuk kerja setup, memilih maklumat yang betul dan membimbing pengesahan. Harga disebut sebelum kami mula.

Berapa lama pengesahan ambil masa?

Google yang menentukan kaedah dan masa pengesahan. Biasanya beberapa hari bekerja selepas maklumat dihantar. Kami tak boleh mempercepatkannya.

Saya tak ada kedai. Boleh daftar?

Boleh, jika anda ada bisnes yang melayan pelanggan, contohnya renovation atau tukang paip. Anda didaftarkan sebagai bisnes kawasan servis tanpa alamat dipaparkan. Syarikat yang hanya mencari lead untuk pihak lain tidak layak.

Kenapa saya tak boleh sahkan profil?

Sebab biasa ialah nama pada signboard tak sama dengan nama profil, gambar atau video tak jelas, atau alamat rumah dipaparkan untuk bisnes kawasan servis. Hantar mesej dan kami semak puncanya.

Profil ini milik siapa?

Milik anda. Profil dibuat dalam akaun Google anda. Kami hanya ditambah sebagai pengurus dengan kebenaran anda, dan anda boleh buang kami bila-bila masa.

Boleh jamin bisnes saya keluar nombor satu?

Tidak. Google menentukan kedudukan dan tiada siapa boleh membeli kedudukan yang lebih baik. Apa yang kami pastikan ialah profil anda lengkap, tepat dan mengikut polisi Google.

Nak bisnes anda ada di Google Maps?Hantar nama bisnes dan jenis kerja anda. Kami semak ringkas dan balas dengan langkah seterusnya.

Servis Buat Website di Malaysia. fidodesign.net
The logos and visuals on this website belong to their respective owners and are subject to copyright. fidodesign does not claim or issue copyright on behalf of these owners. The information provided on this website is for general purposes only and is intended to be as accurate and up to date as possible. When you visit or engage with our sites, services, applications, tools, or messaging, we or our authorized service providers may utilize cookies, web beacons, and similar technologies to store information. This helps us enhance your experience, ensuring it is better, faster, and more secure, as well as serving advertising purposes.
Copyright FIDO RESOURCES (SA0477312-X) © fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer | All Right Reserved.

Seriously?